Panduan langkah demi langkah cara membancuh susu si comel anda:
1 | ![]() |
Bersihkan kawasan untuk membancuh susu bayi anda. Dan pastikan tempatnya kering. |
2 | ![]() |
Cuci sehingga bersih tangan anda dan lapkan tangan anda sehingga kering. |
3 | ![]() |
Pastikan air yang dimasak mendidih dengan sempurna sehingga air menggelegak. |
4 | ![]() |
Baca arahan pada label susu formula untuk mengetahui sukatan air panas dan susu yang diperlukan. Penyediaan susu bayi adalah berbeza mengikut jenama susu. |
5 | ![]() |
Sebelum menuang air panas ke dalam botol susu, pastikan botol susu bayi betul-betul kering. Tuang air panas sekitar 70 Darjah Celsius ke dalam botol susu mengikut sukatan yang ditetapkan. |
6 | ![]() |
Masukkan susu ke dalam botol yang berisi air panas mengikut sukatan yang telah ditetapkan. |
7 | ![]() |
Goncangkan botol susu agar susu bercampur dan sebati dengan air panas. |
8 | ![]() |
Periksa suhu susu bayi anda dengan menitiskan sedikit susu ke atas pergelangan tangan anda. Pastikan ianya suam. |
9 | ![]() |
Akhir sekall, bersihkan botol susu jika terdapat air atau sisa serbuk susu yang melekat sebelum diberikan kepada bayi anda. |